Taburan Am Batuan Geologi_Semenanjung_Malaysia

Batuan yang mendasari Semenanjung Malaysia terdiri daripada batuan sedimen dan batuan igneus. Batuan sedimen telah mengalami metamorfisma sama ada secara sebahagian atau keseluruhan.

Batuan Sedimen

Secara umumnya, batuan yang berusia Trias Bawah dan sebelumnya wujud di sekitaran lautan manakala batuan berusia Trias Atas dan lebih muda wujud di sekitaran bukan lautan.

Batuan Igneus

Batuan igneus di Semenanjung Malaysia didominasi oleh rejahan granitoid yang membentuk hampir keseluruhan kawasan tanah tinggi dan banjaran. Terdapat 2 janis batuan igneus utama iaitu batuan igneus intrusif dan batuan igneus ekstrusif.

Batuan Intrusif

  1. Granitoid jenis S - wujud di sebahagian besar Jalur Barat Semenanjung Malaysia. Antara granitoid jenis ini ialah Granit Kaki Bukit, Granit Gunung Raya, Granit Banjaran Besar, Granit Jerai, Granit Pangkor, Granit Kulim, Granit Inas dan Granit Pulau Pinang.
  2. Granitoid jenis I - wujud di Jalur Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan sebahagian kecil Jalur Barat Semenanjung Malaysia.

Batuan Ekstrusif

  1. Batuan ekstrusif mafik seperti basalt dan dolerit ditemui di sebahagian Pahang dan Johor. Antaranya ialah Basalt Kuantan.
  2. Batuan ekstrusif felsik seperti dasit dan riolit banyak ditemui di pedalaman Kelantan dan Terengganu. Batuan tuf turut ditemui di beberapa lokasi terpencil di Padang Terap, Kedah dan Lenggong, Perak tetapi tidak wujud secara tempatan.